tak dapat diduga

selepas mengepost cerita dan gambar gembira, post kali ini bertukar anginnya... kerana disebalik gelak tawa ada tangisan hiba.... mugkin anda merasa pelik bile saya memulakan post ini dengan nada yg cukup berbeza.... jarang sekali (walhal menulis pun jarang) saya menulis dengan nada yg sedih dan duka... tapi iyelah, adat kehidupan kita sebagai manusia, ada hari panas terik walaupun winter, ada hari sejuk mengiggil walaupun musim summer...

insyaAllah saya pasti, korang sume sudah mengetahui, sama ada melalui surat khabar, facebook or orang keliling beritahu mengenai kemalangan yg berlaku di Melbourne tepat seminggu yang lalu... kalau x tahu, ni saya letakkan link berita mengenainye...apa yang korang mungkin tidak tahu adalah betapa dekatnye saya dan kawan2 dengan kejadian ini... pelik sebenarnya kerana kami pun tidaklah kenal banyak mana dengan mangsa2 ni, tapi takdir Tuhan letakkan kami dalam position ini, kalau bukan untuk membantu mereka pun, untuk membantu kami belajar serba sedikit mengenai apa itu dinamakan ujian...

oklah sebagai intro, macam mana ye kami boleh mengenali mangsa... mangsa yg budak Melbourne tu, of course laaa kitorg kenal, rapat lagi tu sebab sejak di Intec lagi dah berkawan. boys yg lain tu mmg kitorg x kenal, x penah jumpa pun sbb diorg student Ireland dtg bercuti di sini. yg girls tu sebenarnya schoolmate one of my housemate. al-kisahnye, masa cuti winter kali ni, my housemate tu pegi bercuti di NZ at the same time yg kawan from Malaysia ni datang... because of that, kesian plak kat bebudak ni nak jalan2 kat Melben xde peneman, so kebetulan the day after diorg arrive, saya dah plan snow trip macam dalam post before... so, ajaklah diorg pegi sekali... from there berkenalan laa.. tapi yelah, first time jumpa, awkward laa jugak...

then few days after that, kawan2 adelaide saya balik, n my housemate pun dah balik dari NZ diorg pun move in menumpang di rumah kami.... sempat jugaklaa berborak sikit2 tapi since hari2 diorg kluar berjalan x sempat sangat laa nak beramah mesra sangat... saya ingat malam sehari sebelum kejadian tu, kami ramai2, my housemates and them, duduk dekat dapur borak2 sambil masak... kebetulan, one of them blaja pharmacy jugak kat Monash Malaysia, adalah bahan nak bercerita... tambah plak, asek dok gelakkan diorg cakap Terengganu and also mencuba-cuba berloghat Ganu yg x jadi langsung... masa tu, my housemate masak untuk bekalan diorg pegi berjalan esoknya... masak nasi dengan lauk paprik...

Masa hari kejadian tu... malam tu, kami berempat serumah baru lepas melepak di bilik Muzek n Dekma, cerita2 pasal trip diorg ke NZ n cerita2 lain... macam biasalaa org pompuan, pantang kumpul, bergossip je keje... bile dah penat bergossip, saya pun baliklaa bilik.... baru nak start tengok cerita (x ingat dah, masterchef kot) tiba2 ayin n muzek masuk bilik.... muzek badan dah mengiggil... then Muzek cakap "Nit.... kawan aku tu accident"... masa tu, saya dapat rasa otak saya macam blank tiba2... tah kenapa (n sekarang bile fikir rasa jahat plak) i had one of those stupid moments where I remember thinking tu myself...muzek ni malam2 nak buat lawak laaa plak.... but the look on their faces masa tu mmg xdelaaa masanya nak melawak kelakar... ayin pun ceritalah pasal panggilan telefon from Iffat dari dalam ambulans n everything... masa tula baru terdetik.. Ya Allah.. this is really happening...

In all actuality, sepanjang hidup saya yang dah 22 tahun lebih ni... belum pernah rasanya ahli keluarga or org terdekat dgn saya mengalami situasi macam ni.. i mean like a real accident... so at that moment, kitorg mmg macam blur... masa tu x boleh nak fikir, apa yg nak kena buat ni... everything is racing through u're mind, nak kena telefon siapa, nak pegi hospital mana, siapa nak tolong hantarkan.... fortunately dan syukur sgt2, ada kak tmc and husband dia... diorg laa yg dtg pickup kitorg... since the only thing that we knew was that diorg sume terpisah-pisah n Iffat cuma tahu dia akan ke Monash Medical, between the four of us, kitorg splitla pegi 2 hosp... hosp RMH yg saya pegi tu, xde pon mana2 mangsa... terpaksa laa call balik kak tmc mintak amik balik

once dalam kete, we had to regroup nak cari kat mana all the mangsa pegi sbb we had no info at all... kitorg pun mulala mencari semua hosp and even call ambulance... masa tu, yg susahnya, kitorg x tahu langsung mana sebenarnya tempat kejadian n nama the boys yg lain tu.. bile tepon hosp pulak tu, nama melayu, susah diorg nak cam, so lagilaaa susah.... finally after calling a few hosp, dapatlaa call dandenong hosp... masa tu pon, xde nama patient, tapi org tu kata, there is someone who might fit the description... dia bagilaaa cakap ngn org tu... Alhamdulillah, Rasyid rupanya.... dialah bagi all the details, suh kitorg callkan org2 tertentu yg tahu what to do... but from that phone call, satu je saya paling ingat, rasyid kata, "syukur sgt Nit... patutnya kitorang semua dah meninggal" berderau darah dah x terkata... masa tu baru sedar the severity of the whole situation...

sampai2 kat dandenong hosp, tgk berita dah tersebar, ramai dah menunggu tapi peliknya x seorg pun tahu apa dah berlaku... yg diorg tahu rasyid accident masuk hospital.... rupanya, barulah sedar yg we were the only actual ones yg tahu keadaan sebenar... tahu all together ada 8 mangsa, not just the 4 yg ada dekat hospital tu... yg lagi 4 dah masuk hosp lain...tahu apa sebenarnya terjadi, yg diorg masuk air n hampir lemas.... masa tu, nak cerita balik pada semua org lain,rasa macam bukan suara sendiri yg kluar...boleh feel a shiver running through my body and i knew it wasn't just because of the cold of the night, tapi saya sendiri dalam shock... i too was running on adrenaline only....

finally bile dia bagi masuk, tgk rasyid and sorg kawan dia okey, xde pape sgt... yg teruk cuma hafizu and aisyah....both pakai neck brace tu, but clearly masa tu boleh nampak yg hafizu lagi lemah dari Aisyah.... bile try tanya dia pun, yg boleh dgr dia cakap dia okey, tapi sakit sgt... aisyah plak, masa tu cuma risaukan adik dia fadhilah je... sayu sgt masa nak try jawab soalan dia pasal fadhilah... yg kitorg boleh cakap 'dia okey dekat hospital lain,jgn risau eh'.. tapi tambah sayu lagi masa dia tanya, 'tadi dgr bunyi helicopter, siapa yg naik?'... masa tu saya pandang ayin, ayin pandang saya... lastly, ayin cakap je yg kitorg x tahu.... bile jumpa rasyid plak, lain ceritanya.. masa tu pelawat dah mula beransur balik, dah nak dekat pukul satu pagi dah... rasyid muka macam ceria je, siap bising2 mengadu lapar, x sempat makan nasi paprik muzek... tapi kan, sebenarnya bile tgk dalam2 mata dia, dapat nampak sebenenarnya, walaupun dia nampak je okey, dia sendiri ada rasa shock, rasa sedih and another hundred emotion going through him...

at that time, there was also another thing that kept running through my mind sepanjang malam tu... baru je beberpa hari before, me n my adelaidian friends pegi situ... lalu the exact place....siap bergelak gembira, berkaroke lagi.... esoknya, selamba je bagi Ikhwan drive dua hari berturut-turut.... macam mana berkuasanya Takdir ALLAH, bile dia kata benda nak jadi, x kira apalah, macam mana apa pun, tetap terjadi... selama ni everytime kitorg planning nak pegi mana2 x kirala nak buat road trip ke, nak naik flight ke or even naik tram sekalipun, jarang sekali (or maybe never pun) terfikir that something as big as this might happen... atau kalau nak lebih eksterm lagi, pernah ke terfikir the possibility that this may be the last journey I ever take in this world... terkadang bile keadaan macam ni berlaku barulah kita insafi betapa kehidupan ni bukan terletak pada perancangan kita manusia, tapi sebaliknye terletak pada takdir yg Maha Esa... bile mana Allah nak uji hamba-Nya, dalam keadaan mana sekalipun dia akan uji, tinggal lagi kita manusia ni bersedia tidak nak hadapi ujian tu... terasa nak kongsi satu ayat ni saya jumpa:

Dan kami pasti akan menguji kamu dengansedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembirakepada orang-orang yg sabar - Al Baqarah 155


Alhamdulillah, skarang semuanya dah selamat.. semua pun dah keluar hospital... tinggal Hafizu sahaja yg masih di wad selepas operation... operation apa, xpelah, x payah cerita, cukup kalau tahu, operation itu dah selamatkan nyawanya....tulah masa awal2, kitorg sume x sedar, rupanya, hafizulaa yang paling kritikal conditionnye eventho, fadhilah yg naik helicopter... as for budak2 lelaki yg lain semuanya ok je.... and about apa yg sebenarnya berlaku malam tu, kitorg malas nak tanya2 sangat... skang ni kitorg dah tahu laaa apa yg sebenarnya berlaku, tapi biarlah, ni jadi cerita mereka.... mereka yg berada di situ dan alaminya sendiri lebih berhak untuk bercerita tentang apa yg terjadi masa accident tu... org lain nak tokok tambah tak payahlaaaa...

bile dah okey sikit ni, diorg cerita2 memang masa kejadian tu, apa yg diorg ingat cumala yg diorg dah nak meninggal dah... berkali dah mengucap banyak2... tapi sekali lagi takdir Allah mengatasi segalanya.... Allah pilih untuk selamatkan mereka dan biarkan mereka terus hidup.... mungkin ni caranya Allah mengajar mereka dan juga kami sendiri, yg kematian itu pasti...bila dan bagaimana sahaja yg wallahualam... benda ni, saya tahu, semua orang boleh cakap dia tahu, tapi sebenarnya, berapa banyak kali je kita fikir pasal kematian setiap hari... saya tak tahu orang lain, tapi jujur, saya sendiri jarang sekali... jadi mungkin ini iktibar pada kita semua untuk lebih sentiasa beringat...

di kesempatan ni jugak, saya sendiri nak minta maaf pada semua andai salah silap, minta halalkan segala... sebab macam yg saya cakap before this, ujian dan kematian datangnya tanpa kita duga.... Wallahualam....

cuti-cuti melben

waduh waduh... lama sungguh x dihapdate belog ni... berhapak dan berhabuk dah agkanye... kenapa ye.. kalau nak kata sibuk, tu alasan paling tipu sekali sebab for the last sebulan setengah yg lepas i've been memerap dekat rumah meng'enjoy' my winter hols.... mungkin lama sgt memerap, idea nak menulis pun dah jadi perkasam, so tak tertulislah apa2... tapi terharu laa jugak bile bukak balik lepas 3 bulan, tgk2, masih ada jugak org yg sudi menyinggah di blog kerdil ni...huhu...

well, ni nak cerita pasal what i did during my winter hols... seperti cuti2 winter sebelum ni, saya tidak kemana-mana melainkan stay di bandar melbourne yg weathernye sejukla super... nerdnye u may think, dahlaa cuti kemain lama, duk terperuk je ke kat melben tu... apa ingat best bebeno ke melben tu...

hmmm..... biasa2 xdelah best sgt... tapi this time around ia menjadi best teramat super.... kenapa? sebabbbbb.... kawan2 adelaide sume dtg visit me.... mak, gile perasan... xdelah... they all, and also ramai lagi umat Malaysian Australia semua menyinggah ke melben untuk main NCG which is like an annual gathering of sports and conferencing here dkt oz.... n sbb my adelaide friends taik hidung masin sket (jgn mare) x nak bayar duit accom, diorg pon meng'accom' di teratak usangku di Amess st ni....

so, nak dijadikan cerita, besides dtg utk main sports, they all jugak dtg utk cuti2 melben which translates into 'makan2 melben'.... habis laa melayang diet planku entah kemana... sampai2 or maybe even b4 sampai lagi diorg dah mintak list kat mana tmpt best nak makan... x caya? x caya? tgk ni buktinye....

list kedai makan ehsan fb Noin

nak lagi best is that, i yang org melben sendiri pon macam extra excited pegi meneman diorg makan macamlaaa x leh nak pegi hari2..... huhu... so macam2 laa kitorg try dari yg indon ke italian ke turki ke indian ke whatever jelah.... asal nama halal, kitorg main taram... masa tu kalori x pikir, duit apatah lagi.... seronok katakan.....but the best sekali mesti laa yg ni....taraa.....

eskem EL DOLCE FREDO limited edition yg sedap super.... limited sbb a few days lepas diorg sampai, kedai tu dah nak tutup dah sbb winter2 mana org makan eskem ye dak...

haaa.... tapi bukanlaa melantak je keje diorg ni.... sempat jugak laa meround2 city melben... ni adala sikit gegembar (pics ni sume amik kt fb org lain sbb malas nak bawak kamera jalan2)

walaupun x main apa2, still menyibuk dtg opening NCG sbb dpr pappa roti free


melbourne museum yg belakang umah je tapi x penah habis jelajah


dekat shrine of rememberance yg eventho dah duk sini 3 tahun, beru first time pegi...

then dah sudah bejalan keliling city, sempat laa jugak kitorg road trip ke phillip island... tapikan, road trip kali ni bertema, temanya adalah: cuma pegi mana2 tempat yg x payah bayar nak masuk a.k.a destinasi budget xpon free tros... hehe... jadinye kitorg kelilingla pulau phillip tu n benti2 kat tempat yg ada lookout yg cantik2...

nampak x kat belakang tu ada ala2 Nora Elena gitu...


dekat the nobbies yg sejuk bangettttt

and untuk finale..... we went to Lake Mountain untuk main snow.... huhu.. tempat paling feveret untuk pegi main becoz its sooooo beautiful and the snow is just amazingly soft... this time around malas dah nak buat snowman, buang masa je, amik gambar ngn snowman dah siap sudah... but we did engage in a crazy snowfight yg giler dahsyat....

nak snowfight kena cari kedudukan yg strategik utk menyerang n defend

siap bukak warung ABC from fresh snow lagi...yummm

main tobogan macam budak kecik

the crew

ok, b4 ending post yg super panjang n full ngn gambar ni, nak share jugak video perjalanan kitorg yg dipenuhi dgn kebisingan dan ke'excited'an yg over.....seb baik budak2 ni bukan btol2 anak ak, kalau x dah lama kena pelangkung agaknye....hehheeh....

video