MAD 2010


over the weekend, yes i turned MAD! hahah.. MAD untuk MASCA Annual debate... yes, debate yang hangat lagi kontreversi membincangkan tentang Dasar Ekonomi Baru yang hanya boleh dibuat di luar dan bukan dalam negara

seperti biasa, selaku gadis neurotic, menjadi tugas sayalah untuk menggilakan diri pada hari tu barking orders and trying to get everything done. kenapa ye dalam keadaan-keadaan sebegini saya menjadi MAD?
  1. bile buat event macam ni, i always want the best! sebab tu i always try to get myself to give all out to ensure event berjaya

  2. i am the hantu of planning. in my head there is this set of plan that sorry to say must rigidly be followed. berlaku kepincangan walaupun sesentimeter, perasaan tidak enak itu akan menaikkan lahar kemarahan dalam diri saya.. no, its not that i'm a perfectionist, cuma nya tak suka bile things lari dari koordinasinya. walaubagaimanapun, seperti selalunya, tidak akan semua benda tu ikut perancangan kita. rancangan ALLAH tu kan lagi maha hebat

  3. i am so particular about the minor2 details. macam, nak tampal benda ni kat mana, nak stapler benda tu dengan apa, ala, benda2 yang org lain malas nak pikir, pukul berapa nak kena buat ni....haaaa.. otak nilah yang suka sibuk2 nak pikir.... sampai ening otak org lain...hohoh
see.. membusybodykan diri

jadi di kesempatan ini, saya mohon maaf lah ye kepada sesiapa yang terkena the wrath of my craziness.. semua itu tidak disengajakan... maaf sangat2...heheh

tapi, untuk kali ni, saya rasa seperti ader kekurangan sikit.. hmm, sepertinya tahun lepas punya forum lagi mudah diuruskan berbanding yang ini.. mungkin sahaja organisasinya perlu di ubah sikit je... tugasan diagih perlu lebih efisyen sikit n paling penting, duit sponsor lebih sikit...

with project manager ZIA, think tank BEH n special task RASHID

hmmm, masa tgh2 giler2 rancang event ni rasanya thousand times kot i told everyone, yes everyone, okay xlah everyone, just org yang nak dengar hehe.. yang i want to quit.. tak nak lagi buat benda2 time consuming, stress-provoking, energy-draining and brain cell-slushing seperti ini lagi...

tapiiiiiii.... ini lah kot rasanya menjilat ludah sendiri... ewwwwww... tak dapat tidak, i still volunteered for the next MASCA forum... kenapa ye???

at the moment i see people enjoying the event

people sitting next together irrespective of race and religion

and then the sound of appreciative clapping

the feedback n comments that show their attention and understanding

and finally the thanks and praises we get after the event

that's when i realize, at this moment, i have done something. i have made my mark in this world. i have done something not that big but at least a tad bit significant for my beloved country. i have helped people get a glimpse of their country's future and what it means to them. and that people is an addiction. and so again, i slave myself to do my best just in the hope that others too will be inspired to take a step back and think "apa saya dah buat untuk negara saya?"

p/s: susah nak update, laptop masuk surgery.. prognosis: mungkin akan dapat pulang ke rumah dalam sebulan..huhuhu

Busy as a bee


Minggu lepas saya sangatlah sibuk... sebagai orang yang memeng penyibuk, minggu lepas terlalu banyak benda yang terpaksa saya sibukkan. jom kita review


isnin: test biochem sepagi pukul 9.. nak kata susah xdelah susah giler tapi susah lah jugak... petang plak ader 2 prac.. hish.. seb baik senang je, satu tu main gunting2 DNA satu lagi solving a mystery... kononnya ade sorg pompuan kena bunuh, using molecular biology, find the killer... yang lawaknye, the killer was the postman.. moral of the story, beware of your postman!


selasa: kals dari pagi sampai tgh hari... balik umah, buat blue berry cheese tart.... pastu try resipi rendang baru... 4 jam berkurung kat dapur... malam terus lepak kepenatan...seb baik sedap... btw, ingat nak jual tart tu, tapi tah ader org nak beli tah tidak...


rabu: kelas start tgh hari.. so pagi2 dah datang uni ingat nak guna komputer nak tengok adamaya , uni ramai giler org... melampau.. gi mana2 penuh org... terpaksa melepak kat surau..tanpa buat2 apa...malam plak tetiba cam org sewel nak jawab pre-lab.. x tahulah kenapa, macam susah giler nak jawab.. sian housemate terpaksa tolong jawabkan


khamis:pagi ader 2 lecture... then terus buat prac.. 2 prac yg satunye 3 jam... padanlah muka kerana x baca jadual betul2.. rupanya, prac tu satu yang sama je.. kena synthesize PABA, cuma prosesnya ambik masa sampai 2 prac... bukan 2 prac asing2... so, kitorg pon buatlah prac tu cepat2 supaya kitorg x yah balik pukul 5... in the end dapatlah gak balik pukul 3... habis je prac, terus pegi libry kena siapkan text untuk MC debate nanti...


jumaat: hari paling bz kot....start 8.30 ader 2 lecture.. then terus sambung prac comminication 3 jam... oklah prac tu sebab this time x yah berlakon, org lain yg buat.. habis je prac pukul 2 terus pegi brunswick jumpa ayin sebab nak beli barang nak masak utk intervarsity game... haaa... ni yang cam nak pengsan sket.. banyak giler barang kitorg beli...bayangkan mee hoon sampai sekotak besar.. roti, tuna, mayo.... tak cukup tangan naik tram... seyes macam org tua... lepas beli tupperware, tangan memang tak muat lagi... terpaksa balik naik taxi... balik umah pukul 5 lebih.. makan terus jalan kaki...pegi CS pulak utk rehearsal debate... sebab 1st time rehearsal mmg terabur.. ini x batul tu tak kena.. cam nak pengsan malam tu.. seyes, energy drain... seb baik ayin bekalkan kek utk celebrate birthday rashid, terasalah gembira sikit... balik lepas dihantar 4 mamat teman baikku, tengok GLEE plak... ngada kan.. patutnya tidur jelah.. nak bangun awal tolong ayin masak...


sabtu: bangun pukul 2 tolong ayin.. banyak giler rupanya nak masak untuk 130 orang.. sian tengok ayin menggoreng mee... keje saya nasib baiklah cuma membungkus je.... habis je keje pukul 5 terus tidur... pukul 11 janji ngn faten semua jumpa kat kedai mamak yang baru bukak tu.. roti canai dia termurahlah kat melben ni... tapi muratbak dia pedas giler...malam pulak ader usrah ngn kak aisyah


ahad: bangun pukul 4 untuk bungkus 120 bungkus mee hoon.. kali ni bangun sorg je sebab ayin dah siap masak hari semalam nye....dalam 3 jam laa duduk sorg2 kat dapur.. seram gaklah... then sepanjang hari tidak membuat apa2 yang berfaedah kecuali membaca notes drug action sebab ingat ader quiz... takde rupanya...


begitulah mingguku yang sibuk.... sebenarnya xdelah bz sangat... beria je nak bz kan diri.... hohoho... apatah lagi laptop terpaksa disimpan sementara menunggu masa untuk dia masuk surgery (sekarang dah xleh on langsung sob sob)...skang ni terpaksalah stay kat uni selalu nak guna tenet... nak tengok fesbuk, buat keje debate, dan paling penting..tengok ADAMAYA...hohoho

test ujian exam

kenapa kena ada test?

mid sem nak buat test, final nak buat exam.

dulu masa sekolah siap kena buat ujian bulanan bulan 3

pegi mana2 kena buat test

tadika, sekolah rendah, menengah, uni

kenapa? mengapa? sampai bile?

Cinta yang BAIK

Cinta dilahirkan di tempat yang BAIK - syurga

Dianugerahkan oleh yang Maha BAIK - ALLAH

Dinikmati kali pertama oleh orang yang BAIK - Nabi Adam

dan Diwariskan untuk orang yang BAIK - orang solihin

jalan ombak hebat a.k.a great ocean road


one word. AMAZING. seriously. patutlah its like one of the 7 wonders of the world or whatever. and if it isn't then it should be. last saturday's trip was really great and i'm not just saying this to sedapkan hati penganjur. but really true from my heart.

mata steam.. baru nak tidur laa ni

it started out being just ok-ok. then as the jalan started to be more bengkang-bengkok it was more kurang ok than ok. really, my friends were like turun bas je semua termuntah.literally. it started getting more exciting when we were koala watching. lepas tengok binatang2 comel yet pemalas nak buat apa2 tu, we were all like, ok, next destination please pakcik. balik2 je kat bas... amik ko, bas tersangkut. bukan macam tersangkut sikit, but really tersangkut as in tayar tak jejak tanah. horror giler. seb baik ader pakcik surani yang hebat giler -seriously kalau bukan sebab pakcik ni, memang kitorg sume dah teman koala2 tu atas pokok- n org2 kampung (mat saleh kampung) yang tolong. sejam jugaklah baru dapat gerakkan bas...

dahsyat kan

and then the visit to otway fly -ala dia macam hutan with jambatan tergantung- was a bit like a nightmare. hey, i have nothing against loving the nature and appreciating motherearth kind of stuff, if its from a picture. not in the freakin woods in the middle of the rain -ok it was more of a drizzle than actual poring cats and dogs rain, but still..sejuk giler kot. not to mention the walk was soooooooo long. dengan penuh tak menikmatinya, me and ayin was like jalan je tak berhenti. masa tu my only mission was to jumpa jalan keluar. selagi x jumpa x leh berenti. bila sampai2 je, kitorg lah org first yang kuar...semangat. nak burukkan lagi keadaan, sampai2 bas je ngn terbatuk2 (bukan batuk yang uhuk2 tu je tapi batuk yang macam nak terkeluar segala anak tekak sekali ngn paru2 ngn alveoli sekali)boleh plak termuntah. sungguh tidak elegan.

buruk giler tudung

but once kitorg sampai kat loch n george, it was like everything was so worth it. Subhanallah, dia punya cantik tu, macam kalau lah kornea mata ni macam kamera nak je tangkap gambar pakai anak mata ni. memandangkan tidaklah begitu, cukuplah dengan digital kamera yang ada. lawa gilerrrrrrr....


posing beria with my housemates

pastu sampai 12 apostle lagilah, rasa takjub sangat. i tried counting actually, betul ke 12 tapi susah sangat so give up jelah... tapi ni citer yang amat2 sedih. semua gambar yang tangkap kat situ HILANG. nada. lost. tulah, beria sangat kitorg pindah2 gambar... masa pindah tu laptop hang agaknye, sume gambar hilang. penatlah saya ni beria2 posing segala aksi. nasib baiklah ada gambar dari kamera org lain. tapi xdelah gambar solo... xleh nak buat profile pic..sob sob sob..


ni jelah gambar yang ade..cantikkan

so kesimpulannya, sangat bestlah trip ni. dapat kenal orang baru, rasa pengalaman baru. walaupunlah kat hujungnye kena perli sket ngn presiden sebab asek complain je -sorrylah, mulut i ni kalau dah on roll xleh nak benti- tapi komplen2 tu bernas belaka. manalah tau masa akan datang dapat lagi peserta leceh macam diriku ini.....hoho... congrats kat EHSAN sebab buat trip yang sangat best and really hoping for next time ;)

ok x yang ni?

salam awak...

ok, rasa macam dah seribu kali tukar template... finally jumpa yang ni... really loike this one...ok x??????

2+1=21?

Salam Awak...

welcome to club 21
tak nak n tak nak n tak nak! nak sign out jugak....tak aci...

hmmm, finally dah 21! one of my friends asked me how it felt being 21. WEIRD! that's what it feels like. here i am still young, fresh n cute -ni bukan perasan ok,realiti- but my age has a big 2 plus 1. sebelum ni masa masuk 20 dah terkejut dah sebab seuddenly my age bukan lagi belas2 but puluh2. now dah 21 lagi weird sebab the numbers keep going up. and the weird part is that i'm not scared about the number. no. its about the things that comes along with being 21.

1. i am now eligible to vote for my country. it will be my decision that shapes the future of my nation. it will be my vote that determine wether i put a true leader in his seat or a total scumbag for all i care.

2. i am now accountable for all my actions. not that before i wasn't a responsible person but now it seems stupid if i still go running back to mama n abah for anything

3. i dah boleh kahwin. ok, ni yang paling penting. mama kahwin masa 22, now that i'm 21, i only have a year to go. mak! calon pun xde ok. camne nak kahwin?

so all in all, you gotta understand how freaked out i am before turning 21. but thankfully everyone i loved was there 'celebrating' my coming of age. the first message i got was from my roommate yang masa tu tah macam mana boleh tidur lagi lambat from me. then, ni yang paling sweet. ABAH kesayanganku pun message gak with a very sweet sms on behalf of him n mama. terharu anakmu ini. then all my sisters. and a few other friends. my facebook message was loaded too.pegi klas plak all my friends gave me heart warming wishes. my BFF iz orang pertama yang tulis kat fb. then all my other friends. thanks to the technology of fb boleh tolong ingatkan orang lain pasal our birthdays. banyak gak lah wish yang buat diriku ini sangat terharu. oh, i also got a phone call from my other BFF zahra yang cakap nak datang melben. yeay!

the other sweetest suprise was from all my housemates. diorang buatkan kek -walaupun secretly i already know, yelah bunyi mixer tu kuat gile apa- n held a celebration for me. terharu sangat. lovee you guys! ni ader gambar sket.




presents diorg also buat saya terharu... a pair of cute peejays and slippers. cute kan...kan dah kata cute....



huhu.. makanye pada hari saya bertukar 21, perasaan saya ibarat ABC yang ditambah kacang, jagung n ice cream minus cincau. bercampur tapi sedap. sebab walaupun saya dah tua -ok, xlah tua, matang- tapi masih ader ramai lagi yang sayang kat saya ni.... saya pun sayang diorg.... terima kasih semua :)

p/s nasib baik xde sape2 buat april fool prank kali ni!