saya tidak bercakap dari sudut seorang yang ahli dalam politik dunia, saya hanya sekadar bercakap dari sudut seorang kakak yang risaukan keadaan adiknya. adik saya kak lang, penuntut tahun satu jurusan pergigian di universiti Tanta, Mesir dan dalam keadaan sekarang ini pasti anda faham kerisauan yang melanda kami sekeluarga di sini. malah, bukan sahaja adik saya, over there, saya punyai puluhan rakan yang menuntut di Ain Syams, Cairo, Alexandria, Mansourah...
sememangnya the people of that country makes the country what it is. tidak kiralah bagaimana diktatornya seorang pemimpin, suara rakyat pasti ada kuasanya. Oops, sebelum saya menulis lanjut, sekali lagi saya tegaskan saya bukan seorang yang ahli dalam hal ini. Jujur dan kesal saya katakan, sebelum semua ini terjadi, saya termasuk kalangan jutaan manusia yang ignorant akan keadaan nasib sesama umat lain. jadi apa pun yang saya tulis, hanyalah sekadar pandangan berdasarkan observation saya selama beberpa hari ini.
From what i understand, the spark of protest was inspired by the happenings in Tunisia that i believe face similar situations as Egypt. Kronologi kejatuhan pemerintahan diktator Presiden Ben Ali bermula dari tindakan seorang lelaki yang sebelum ini bukanlah sesiapa. A heartbroken man yang menangisi keadaan dirinya yang tertindas di bawah pemerintahan sedia ada sehingga merasakan mati adalah jalan terakhirnya. Jalan akhir yang selanjutnya membuka jalan baru dalam lipatan sejarah negara Islam itu apabila jutaan rakyatnya bangkit menjatuhkan institusi yang selama ini mementingkan kekayaan peribadi dari kemiskinan rakyat sendiri.
Dan aura itu bertiup pula ke Mesir yang selama beberapa dekad diperintah Presiden Hosni Mubarak, presiden yang dikatakan menerima sokongan kuat Washington. Opps, sekali lagi saya interject, selama ini saya hanya kenal Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir sahaja. siapa dia, bagaimana corak pemerintahannya, apa kesalahan dia saya tidak arif untuk menjawab. cuma satu perkara yang saya ingat yang personally membuatkan saya menyenarai hitam lelaki ini.
last year kalau saya tak silap, kerajaan Mesir telah mengarahkan terowong-terowong kecil yang selama ini menjadi laluan penghantaran bekalan bantuan ke Palestine untuk ditutup siap dengan konkrit lagi. sebagai sesama Muslim, i could never understand the decision behind this. How is it possible that someone in his power could deny the right of another Muslim dengan cara yang cukup terhina dengan menghalang antara satu-satunya jalan yang dapat memastikan the survival of penduduk Palestine. berasap kemarahan dalam hati saya. betapa dia tak sedarkah, jutaan orang Islam seluruh dunia ingin sekali bermati-matian menghulur bantuan, tetapi dia yang mengaku sesama Islam, jiran sebelah rumah sendiri, sanggup menafikan hak kehidupan jiran sendiri. and for that and his other actions, he has become the president hated by his own people.
mungkinkah ini signs that hari kiamat semakin hampir? saya tak sure kebenaran hal ini tapi saya pernah dengarlah kan waktu kiamat dah nak dekat, Islam akan bangkit kembali menerajui dunia, dalam masa yang sama merampas kembali Palestin. Mungkinkah ini petanda ALLAH? rakyat sendiri bangkit melawan pemerintahan autokratik yang selama ini tunduk pada permintaan barat tanpa mengendahkan perasaan jirannya Palestin yang tertindas. yang mereka mahu pimpinan berteraskan ajaran Islam yang sebenar. Berjaya atau tidak rakyat Mesir, Wallahualam, takdir di tangan ALLAH, benar atau tidak ini semua percaturan dari-Nya.
hari ini masuk hari ketujuh rusuhan di Mesir. Risau di hati kami sekeluarga Allah sahaja yang tahu. apatah lagi dengan internet yang terputus menyusahkan lagi communication. SMS pertama yang adik saya hantar, dia minta kami jangan risau. Mereka tengah berkurung dalam rumah dan setakat ini selamat. Dan semalam dia berjaya telefon ke rumah. katanya, kawasan mereka di Tanta setakat ini masih dalam zon kuning. Kuning pun, balai polis depan rumah sudah habis terbakar. Tanta letaknya lebih kurang dua jam lebih dari bandar Cairo. before this dia asyik komplen kata Tanta jauh dari civilization, jadi mungkin sekarang dia bersyukur sikit dihantar ke kawasan kampung jauh dari bandar.
Kawan-kawan di Cairo lagi teruk nasibnya. Rumah mereka dah masuk red zone, masjid sudah habis terbakar dan di mana-mana ada orang merusuh. bekalan makanan, elektrik dan air pasti menjadi masalah. yang sedihnya, ramai juga yang nak ambil kesempatan, bukan betul2 memperjuangkan hak tapi mencuri peluang menjadi perompak dan penjahat. update2 terbaru kami dapatkan di blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita and it seems things aren't getting any good. kemungkinan besar pelajar akan dievacuate, dan saya harap sangat adik saya akan ditempatkan di Jordan. sekurang-kurangnya kemi tahu dia selamat bersama-sama dengan kawan-kawan baik saya yang ada di Jordan.
Saya tidak pasti whether adik saya or kawan-kawan saya are able to read this right now, most probably not. Doa kami sekeluarga mengiringi mereka di sana semoga semuanya selamat InsyaAllah.
1 comments:
Some light on this matter :
http://muslimmatters.org/2011/01/31/yasir-qadhi-a-brief-statement-regarding-the-situation-in-egypt/
Post a Comment