Barakallahulakuma....

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah


weekend ni, alhamdulillah, saya dan kawan2 berkesempatan menyaksikan pernikahan kawan kitorang Nadiah dengan pasangannya, Adib. Esoknye pulak menghadiri majlis walimah kak Ainun dan suaminye, Naim Faiz serta meraikan pasangan k.Iman dan suaminya, Imran.

tak kira lah nak panggil apa, walimah ke, kenduri ke resepsi ke... to me, the essence was the akad nikah.. penyerahan tanggugjawab dan amanah seorang anak perempuan dari bapa kepada suaminye.. dalam lafaz ader janji, dalam akad ada tekad.. untuk bersama-sama membina bukan sahaja mahligai tapi syurga di dunia...

nampak macam mudah.. hanya beberapa lafaz perkataan ijab dan kabul... tapi bukan sahaja makna tersuratnye, tapi kena singkap juga makna tersiratnye... tapi tulah.. kerana setiap kita berbeza, maka juga pada setiap kita pemahaman yang berbeza...

bagi saya pernikahan tu bukan sahaja ikatan janji tapi ikatan kehidupan.. ikatan janji untuk saling mencintai, menghormati, menyokong dan to be always be there for one another... ikatan kehidupan untuk terus bersama holding each other mengharungi kehidupan dunia dan berpimpin tangan masuk ke syurga akhirat...

percintaan yang halal ini memberi saya harapan dan perspektif baru... ini baru ber'couple' yang sebenar... di mana setiap sentuhan, setiap perkataan dan setiap perasaan adalah halal.. mesti lagi indah kan bila dah tak perlu mejaga batas, tak perlu lagi rasa takut dosa Tuhan... bila antara satu sama lain ader tanggungjawab dan amanah yang di'approve' mahkamah dunia dan mahkamah Allah...

persoalan bila giliran saya??? hohoho.... entahlah, jawapan standard jodoh di tangan Allah.. jawapan saya, i'm at a place and time right now where i feel that there is still a lot of things to be done first... banyak lagi benda yang x selesai, material yang tak termampu, ilmu yang nak dicapai tapi yang paling penting iman yang tak cukup sempurna.. sebelum saya serahkan diri kepada sang suami yang saya kira selayaknya memimpin tangan saya masuk ke syurga, rasanya saya dulu harus jadikan diri saya wanita yang cukup baik supaya adil buat lelaki yang cukup baik untuk saya. bila dan bagaimana, itu saya serahkan pada yang Maha Mengetahui...

untuk pasangan pengantin, dan juga pasangan2 lain, here's a beautiful song by Maher Zain (dah tengok live dan sangat best...huhu) a prayer that may Allah bless perjalanan cinta kalian... Barakallu lakuma....

0 comments: