tak dapat diduga

selepas mengepost cerita dan gambar gembira, post kali ini bertukar anginnya... kerana disebalik gelak tawa ada tangisan hiba.... mugkin anda merasa pelik bile saya memulakan post ini dengan nada yg cukup berbeza.... jarang sekali (walhal menulis pun jarang) saya menulis dengan nada yg sedih dan duka... tapi iyelah, adat kehidupan kita sebagai manusia, ada hari panas terik walaupun winter, ada hari sejuk mengiggil walaupun musim summer...

insyaAllah saya pasti, korang sume sudah mengetahui, sama ada melalui surat khabar, facebook or orang keliling beritahu mengenai kemalangan yg berlaku di Melbourne tepat seminggu yang lalu... kalau x tahu, ni saya letakkan link berita mengenainye...apa yang korang mungkin tidak tahu adalah betapa dekatnye saya dan kawan2 dengan kejadian ini... pelik sebenarnya kerana kami pun tidaklah kenal banyak mana dengan mangsa2 ni, tapi takdir Tuhan letakkan kami dalam position ini, kalau bukan untuk membantu mereka pun, untuk membantu kami belajar serba sedikit mengenai apa itu dinamakan ujian...

oklah sebagai intro, macam mana ye kami boleh mengenali mangsa... mangsa yg budak Melbourne tu, of course laaa kitorg kenal, rapat lagi tu sebab sejak di Intec lagi dah berkawan. boys yg lain tu mmg kitorg x kenal, x penah jumpa pun sbb diorg student Ireland dtg bercuti di sini. yg girls tu sebenarnya schoolmate one of my housemate. al-kisahnye, masa cuti winter kali ni, my housemate tu pegi bercuti di NZ at the same time yg kawan from Malaysia ni datang... because of that, kesian plak kat bebudak ni nak jalan2 kat Melben xde peneman, so kebetulan the day after diorg arrive, saya dah plan snow trip macam dalam post before... so, ajaklah diorg pegi sekali... from there berkenalan laa.. tapi yelah, first time jumpa, awkward laa jugak...

then few days after that, kawan2 adelaide saya balik, n my housemate pun dah balik dari NZ diorg pun move in menumpang di rumah kami.... sempat jugaklaa berborak sikit2 tapi since hari2 diorg kluar berjalan x sempat sangat laa nak beramah mesra sangat... saya ingat malam sehari sebelum kejadian tu, kami ramai2, my housemates and them, duduk dekat dapur borak2 sambil masak... kebetulan, one of them blaja pharmacy jugak kat Monash Malaysia, adalah bahan nak bercerita... tambah plak, asek dok gelakkan diorg cakap Terengganu and also mencuba-cuba berloghat Ganu yg x jadi langsung... masa tu, my housemate masak untuk bekalan diorg pegi berjalan esoknya... masak nasi dengan lauk paprik...

Masa hari kejadian tu... malam tu, kami berempat serumah baru lepas melepak di bilik Muzek n Dekma, cerita2 pasal trip diorg ke NZ n cerita2 lain... macam biasalaa org pompuan, pantang kumpul, bergossip je keje... bile dah penat bergossip, saya pun baliklaa bilik.... baru nak start tengok cerita (x ingat dah, masterchef kot) tiba2 ayin n muzek masuk bilik.... muzek badan dah mengiggil... then Muzek cakap "Nit.... kawan aku tu accident"... masa tu, saya dapat rasa otak saya macam blank tiba2... tah kenapa (n sekarang bile fikir rasa jahat plak) i had one of those stupid moments where I remember thinking tu myself...muzek ni malam2 nak buat lawak laaa plak.... but the look on their faces masa tu mmg xdelaaa masanya nak melawak kelakar... ayin pun ceritalah pasal panggilan telefon from Iffat dari dalam ambulans n everything... masa tula baru terdetik.. Ya Allah.. this is really happening...

In all actuality, sepanjang hidup saya yang dah 22 tahun lebih ni... belum pernah rasanya ahli keluarga or org terdekat dgn saya mengalami situasi macam ni.. i mean like a real accident... so at that moment, kitorg mmg macam blur... masa tu x boleh nak fikir, apa yg nak kena buat ni... everything is racing through u're mind, nak kena telefon siapa, nak pegi hospital mana, siapa nak tolong hantarkan.... fortunately dan syukur sgt2, ada kak tmc and husband dia... diorg laa yg dtg pickup kitorg... since the only thing that we knew was that diorg sume terpisah-pisah n Iffat cuma tahu dia akan ke Monash Medical, between the four of us, kitorg splitla pegi 2 hosp... hosp RMH yg saya pegi tu, xde pon mana2 mangsa... terpaksa laa call balik kak tmc mintak amik balik

once dalam kete, we had to regroup nak cari kat mana all the mangsa pegi sbb we had no info at all... kitorg pun mulala mencari semua hosp and even call ambulance... masa tu, yg susahnya, kitorg x tahu langsung mana sebenarnya tempat kejadian n nama the boys yg lain tu.. bile tepon hosp pulak tu, nama melayu, susah diorg nak cam, so lagilaaa susah.... finally after calling a few hosp, dapatlaa call dandenong hosp... masa tu pon, xde nama patient, tapi org tu kata, there is someone who might fit the description... dia bagilaaa cakap ngn org tu... Alhamdulillah, Rasyid rupanya.... dialah bagi all the details, suh kitorg callkan org2 tertentu yg tahu what to do... but from that phone call, satu je saya paling ingat, rasyid kata, "syukur sgt Nit... patutnya kitorang semua dah meninggal" berderau darah dah x terkata... masa tu baru sedar the severity of the whole situation...

sampai2 kat dandenong hosp, tgk berita dah tersebar, ramai dah menunggu tapi peliknya x seorg pun tahu apa dah berlaku... yg diorg tahu rasyid accident masuk hospital.... rupanya, barulah sedar yg we were the only actual ones yg tahu keadaan sebenar... tahu all together ada 8 mangsa, not just the 4 yg ada dekat hospital tu... yg lagi 4 dah masuk hosp lain...tahu apa sebenarnya terjadi, yg diorg masuk air n hampir lemas.... masa tu, nak cerita balik pada semua org lain,rasa macam bukan suara sendiri yg kluar...boleh feel a shiver running through my body and i knew it wasn't just because of the cold of the night, tapi saya sendiri dalam shock... i too was running on adrenaline only....

finally bile dia bagi masuk, tgk rasyid and sorg kawan dia okey, xde pape sgt... yg teruk cuma hafizu and aisyah....both pakai neck brace tu, but clearly masa tu boleh nampak yg hafizu lagi lemah dari Aisyah.... bile try tanya dia pun, yg boleh dgr dia cakap dia okey, tapi sakit sgt... aisyah plak, masa tu cuma risaukan adik dia fadhilah je... sayu sgt masa nak try jawab soalan dia pasal fadhilah... yg kitorg boleh cakap 'dia okey dekat hospital lain,jgn risau eh'.. tapi tambah sayu lagi masa dia tanya, 'tadi dgr bunyi helicopter, siapa yg naik?'... masa tu saya pandang ayin, ayin pandang saya... lastly, ayin cakap je yg kitorg x tahu.... bile jumpa rasyid plak, lain ceritanya.. masa tu pelawat dah mula beransur balik, dah nak dekat pukul satu pagi dah... rasyid muka macam ceria je, siap bising2 mengadu lapar, x sempat makan nasi paprik muzek... tapi kan, sebenarnya bile tgk dalam2 mata dia, dapat nampak sebenenarnya, walaupun dia nampak je okey, dia sendiri ada rasa shock, rasa sedih and another hundred emotion going through him...

at that time, there was also another thing that kept running through my mind sepanjang malam tu... baru je beberpa hari before, me n my adelaidian friends pegi situ... lalu the exact place....siap bergelak gembira, berkaroke lagi.... esoknya, selamba je bagi Ikhwan drive dua hari berturut-turut.... macam mana berkuasanya Takdir ALLAH, bile dia kata benda nak jadi, x kira apalah, macam mana apa pun, tetap terjadi... selama ni everytime kitorg planning nak pegi mana2 x kirala nak buat road trip ke, nak naik flight ke or even naik tram sekalipun, jarang sekali (or maybe never pun) terfikir that something as big as this might happen... atau kalau nak lebih eksterm lagi, pernah ke terfikir the possibility that this may be the last journey I ever take in this world... terkadang bile keadaan macam ni berlaku barulah kita insafi betapa kehidupan ni bukan terletak pada perancangan kita manusia, tapi sebaliknye terletak pada takdir yg Maha Esa... bile mana Allah nak uji hamba-Nya, dalam keadaan mana sekalipun dia akan uji, tinggal lagi kita manusia ni bersedia tidak nak hadapi ujian tu... terasa nak kongsi satu ayat ni saya jumpa:

Dan kami pasti akan menguji kamu dengansedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembirakepada orang-orang yg sabar - Al Baqarah 155


Alhamdulillah, skarang semuanya dah selamat.. semua pun dah keluar hospital... tinggal Hafizu sahaja yg masih di wad selepas operation... operation apa, xpelah, x payah cerita, cukup kalau tahu, operation itu dah selamatkan nyawanya....tulah masa awal2, kitorg sume x sedar, rupanya, hafizulaa yang paling kritikal conditionnye eventho, fadhilah yg naik helicopter... as for budak2 lelaki yg lain semuanya ok je.... and about apa yg sebenarnya berlaku malam tu, kitorg malas nak tanya2 sangat... skang ni kitorg dah tahu laaa apa yg sebenarnya berlaku, tapi biarlah, ni jadi cerita mereka.... mereka yg berada di situ dan alaminya sendiri lebih berhak untuk bercerita tentang apa yg terjadi masa accident tu... org lain nak tokok tambah tak payahlaaaa...

bile dah okey sikit ni, diorg cerita2 memang masa kejadian tu, apa yg diorg ingat cumala yg diorg dah nak meninggal dah... berkali dah mengucap banyak2... tapi sekali lagi takdir Allah mengatasi segalanya.... Allah pilih untuk selamatkan mereka dan biarkan mereka terus hidup.... mungkin ni caranya Allah mengajar mereka dan juga kami sendiri, yg kematian itu pasti...bila dan bagaimana sahaja yg wallahualam... benda ni, saya tahu, semua orang boleh cakap dia tahu, tapi sebenarnya, berapa banyak kali je kita fikir pasal kematian setiap hari... saya tak tahu orang lain, tapi jujur, saya sendiri jarang sekali... jadi mungkin ini iktibar pada kita semua untuk lebih sentiasa beringat...

di kesempatan ni jugak, saya sendiri nak minta maaf pada semua andai salah silap, minta halalkan segala... sebab macam yg saya cakap before this, ujian dan kematian datangnya tanpa kita duga.... Wallahualam....

cuti-cuti melben

waduh waduh... lama sungguh x dihapdate belog ni... berhapak dan berhabuk dah agkanye... kenapa ye.. kalau nak kata sibuk, tu alasan paling tipu sekali sebab for the last sebulan setengah yg lepas i've been memerap dekat rumah meng'enjoy' my winter hols.... mungkin lama sgt memerap, idea nak menulis pun dah jadi perkasam, so tak tertulislah apa2... tapi terharu laa jugak bile bukak balik lepas 3 bulan, tgk2, masih ada jugak org yg sudi menyinggah di blog kerdil ni...huhu...

well, ni nak cerita pasal what i did during my winter hols... seperti cuti2 winter sebelum ni, saya tidak kemana-mana melainkan stay di bandar melbourne yg weathernye sejukla super... nerdnye u may think, dahlaa cuti kemain lama, duk terperuk je ke kat melben tu... apa ingat best bebeno ke melben tu...

hmmm..... biasa2 xdelah best sgt... tapi this time around ia menjadi best teramat super.... kenapa? sebabbbbb.... kawan2 adelaide sume dtg visit me.... mak, gile perasan... xdelah... they all, and also ramai lagi umat Malaysian Australia semua menyinggah ke melben untuk main NCG which is like an annual gathering of sports and conferencing here dkt oz.... n sbb my adelaide friends taik hidung masin sket (jgn mare) x nak bayar duit accom, diorg pon meng'accom' di teratak usangku di Amess st ni....

so, nak dijadikan cerita, besides dtg utk main sports, they all jugak dtg utk cuti2 melben which translates into 'makan2 melben'.... habis laa melayang diet planku entah kemana... sampai2 or maybe even b4 sampai lagi diorg dah mintak list kat mana tmpt best nak makan... x caya? x caya? tgk ni buktinye....

list kedai makan ehsan fb Noin

nak lagi best is that, i yang org melben sendiri pon macam extra excited pegi meneman diorg makan macamlaaa x leh nak pegi hari2..... huhu... so macam2 laa kitorg try dari yg indon ke italian ke turki ke indian ke whatever jelah.... asal nama halal, kitorg main taram... masa tu kalori x pikir, duit apatah lagi.... seronok katakan.....but the best sekali mesti laa yg ni....taraa.....

eskem EL DOLCE FREDO limited edition yg sedap super.... limited sbb a few days lepas diorg sampai, kedai tu dah nak tutup dah sbb winter2 mana org makan eskem ye dak...

haaa.... tapi bukanlaa melantak je keje diorg ni.... sempat jugak laa meround2 city melben... ni adala sikit gegembar (pics ni sume amik kt fb org lain sbb malas nak bawak kamera jalan2)

walaupun x main apa2, still menyibuk dtg opening NCG sbb dpr pappa roti free


melbourne museum yg belakang umah je tapi x penah habis jelajah


dekat shrine of rememberance yg eventho dah duk sini 3 tahun, beru first time pegi...

then dah sudah bejalan keliling city, sempat laa jugak kitorg road trip ke phillip island... tapikan, road trip kali ni bertema, temanya adalah: cuma pegi mana2 tempat yg x payah bayar nak masuk a.k.a destinasi budget xpon free tros... hehe... jadinye kitorg kelilingla pulau phillip tu n benti2 kat tempat yg ada lookout yg cantik2...

nampak x kat belakang tu ada ala2 Nora Elena gitu...


dekat the nobbies yg sejuk bangettttt

and untuk finale..... we went to Lake Mountain untuk main snow.... huhu.. tempat paling feveret untuk pegi main becoz its sooooo beautiful and the snow is just amazingly soft... this time around malas dah nak buat snowman, buang masa je, amik gambar ngn snowman dah siap sudah... but we did engage in a crazy snowfight yg giler dahsyat....

nak snowfight kena cari kedudukan yg strategik utk menyerang n defend

siap bukak warung ABC from fresh snow lagi...yummm

main tobogan macam budak kecik

the crew

ok, b4 ending post yg super panjang n full ngn gambar ni, nak share jugak video perjalanan kitorg yg dipenuhi dgn kebisingan dan ke'excited'an yg over.....seb baik budak2 ni bukan btol2 anak ak, kalau x dah lama kena pelangkung agaknye....hehheeh....

tua sudah saya

SAYA SUDAH TUA!!!!!

wow, x sangka kan.. cepat gile masa berlalu... tiba2 je dah masuk tahun 2011, tiba2 je umur pun dah naik jadi 22 tahun... in a blink of an eye, i went from being 22 weeks then 22 days then 22 months and now 22 years.. ahh.. that's life i guess

for this year, Alhamdulillah, I've received a lot of friendly messages, sms and fb all wishing me blessing for my birthday.. to everyone, thank you for remembering though I'm quite sure fb notification kinda helped a lot...hehe.. what would life be without Facebook these days sometimes i wonder...

two most sweet messages would be the ones that i got from abah n mama;

abah: Happy berday..dh besor dh ank babah

mama: Ngah, hepi besday untuk anak mama yg jebam ni

walaupun pendek je, and please ignore the 'jebam'...terharu giler sampai rasa nak nangis.. anak mama n abah ni dah besar panjang rupanya.... waaaa..... tetiba rasa nak jadi budak2 balik plak..

since my birthday falls on a friday, I had a microb prac that was super cool and exciting because, yes! our bacteria grew dgn cantik and yucky sekali..huhu... then my lab partner Shalini asked me; "so, how does it feel to be 22?" and I was like.."ummm, old!" hahah... mmg pun, the only thing I rasa adalah dah tua...

kalau ikut mama, umur 22 dah boleh kawen dah..ooopssss...alamak, nampaknye x dapatlaa nak ikut jejak langkah mama... angah calon sorg pun x nampak batang hidung lagi.. alamat nye lambat lagilaaa... xpe.. my target 24@25.. so ada masa lagi...jgn risau...

and I'm taking this opportunity to thank all my melbourne friends especially my housemates that organized a small celebration for me... waa.... walaupun xdelaa suprise sgt tapi still terharu becoz ingat kitorg 5 org je.. bile sampai2... rupanya ramai yg dah tunggu dan yg datang join... so sgt rasa blessed, rasa disayangi n rasa dihargai.. u guys THE BEST laaa...

with all my beloved friends though rasanya ni macam ada yg tercicir



buat muka terharu yg over sbb dapat kek sahara yg rasa heaven!


share ikan penyet yg rasa belacan yg dibelanja Muzek yg cun


final pose depan Bali bagus with ayin n my birthday gift (rasa kurus plak hehe)


and my cute birthday card, nak tunjuk yg blah dalam dia tapi hish, usikan mereka tu, xyahla ye menyang kat sini, nanti x pasal cipta gosip baru plak..


as for my birthday wish..all I hope is that Allah kurniakan another year of greatness and happiness, kemurahan rezeki dan keberkatan.. may all the blessings that everyone has wished me can be shared by us all.. ameenn...

Gettin it right

my new favorite song from Glee:
What have I done? I wish I could run
Away from this ship goin under
Just tryin to help out everyone else
Now I feel the weight of the world is on my shoulders


What can you do when your good isn't good enough
And all that you touch tumbles down?
Cause my best intentions keep makin a mess of things
I just wanna fix it somehow

But how many times will it take?
Oh how many times will it take for me
To get it right
To get it right

Can I start again, with my fate again
Cause I can't go back and endure this
I just have to stay and face my mistakes,
But if I get stronger and wiser, I'll get through this


What can you do when you're good isn't good enough?
And all that you touch tumbles down?
Coz my best intentions keep makin a mess of things,
I just wanna fix it somehow
But how many times will it take?
Oh, how many times will it take for me to
Get it right?


So I throw up my fists, throw a punch in the air,
And accept the truth that sometimes life isn't fair
I'll send down a wish and I'll send up a prayer
And finally someone will see how much I care


What can you do when you're good isn't good enough?
And all that you touch tumbles down?
My best intentions keep making a mess of things,
I just wanna fix it somehow
But how many times will it take? Oooh
How many times will it take for me
To get it right, to get it right?

emosi anit

There's a lot of things that I know about myself... some of those things I'm too embarrassed to say it out loud, while some things, let's just say, it won't really bother me if even the whole world knows.

One of those things is how I'm a crazy super emotional freak!

yeah, and I guess to those that know me, this would be the least surprising thing about me. I get emotional over everything and nothing. I get emotional when I'm book reading, movie watching, song listening... u name it, and I'm it. and the thing is, whenever I'm emotional (which maybe all the time) its clearly shown on my face. Zara used to always fist me whenever I get this certain reaction on my face that she's too familiar with.

a good friend, Bayern, once told me that its scientifically known that women have a larger Amygdala - the part in the brain in control of emotional reactions - compared to men and its also scientifically known that my own amygdala is far bigger than any normal woman. not that i believe him or anything but i guess i understand where he's coming from.

well, speaking about emotions, its just that for the past weeks that classes have started i just kinda feel that my head, my heart, my self, its been all over the place. up n down, high n low. everything seems to get blown into crazy proportions and as always, i find myself unable to control its direction.

hearing about some friends quitting their studies was kind of a big blow. here, we're thinking that the moment you start this so called journey, you're gonna see it to the end but destiny has its own mind. and seeing some people forced to give up is just plain sad.

being project manager for Malaysian Open Day was a really big pressure on me. the stress of all of it, the setting up, the execution, expectation was really a whirlwind. i can't even remember how many times I blew up in people's faces (which, I take this chance to apologize to anyone affected, it was in no means personal). honestly, I am proud for the success but deep down, I just think that somehow I could have done better.

see, the level of stress on my face.

then, there was the whole MASCA drama that damn, if I had to go through all that again, then just hmpphhhh*%*. If there's anything that I dislike the most, it would be being the bad guy and I'm not saying that becoz I'm such a nice person, but I just don't do cruelty. But again, as I've been told over and over again when it comes to works, your professionalism comes first, but that still doesn't mean that I can hate all this crap.

and how I wish all this craziness were only work related, but no. it had to go personal. well, i'm not gonna go into the details of it, but I kinda think i've 'dumped' a very good friend whom once upon a time I might have hoped for something more than that. that's why I don't do complicated relationship, they are just too complicated. the point is, though I feel a bit of regret, but for the sake of my own heart, maybe this is the best (I hope)

and to top it all up, i've really been self-doubting myself and this I really hate. I know I'm not a 100 percent confident person, but times when I doubt myself, the person that I am, the person I 'm going to be, well its not really something fun. we've been studying pharmacy management in class and i've been thinking more and more about my decisions, my course, my future. questions that I really don't have the answer nor do I want to bother answering.

oh yes, and not to mention that the world is nearing qiamat and I for one am really scared and terrified. and its not just Japan, its like its one disaster after the other. guess its kinda like a warning from the One up there, a reminder of how everything that happens, is all in his hands and we as humans really need to learn something from this.

on the bright side, mama n abah had a fantastic time in Indonesia and I can't wait for my parcel to arrive with all the goods and the food. also, kak lang is safe and sound back in Tanta and everyone back home seems fine. oh, and for this autumn break, i'll get to visit zara and the rest in adelaide so that should be some thing good to look up to.


being an emotional person has it perks, yes i have to agree to that, but man, for once how I just wish that I could be one of those calm, composed women who always look cool and collected. not the crazy girl who goes berserk every time in crisis. well let's just hope that as I get older (hopefully maturer) somehow, magically I can learn to take control and be less emotional and more rational.

its SMARTer then me

hari ni saya mula kelas balik... bestnye sem ni, Isnin FREE!!! jadi xdelah monday fever.. tapi xde monday fever, tuesday pun mesti kena fever jugak... liatnye laa hai nak pegi klas...

so hari ni, hari first saya jalan balik pergi uni lepas nak dekat 4 bulan jugaklah x mengexecrcisekan kaki ni... waduh2.. dia punye mengah tu... Tuhan jelah tahu... selalu2 pegi klas relax2... pandang kiri pandang kanan, tgk2 kalau2 ada mamat-mamat hot yg jogging ke... tapi hari ni, tak kuasa mak... dalam kepala asek pikir, bileler nak sampai ni... rasa macam jauh berbatu benor laa...tulah, duk kat umah x penah nye.. jangankan nak joging, nak kuar tgk taman (if u can call it that) yg dalam pagar umah sendiri pun x terbuat.. haaa, padanlaa muka...

hoooo... tapi sebenarnya nak citer pasal benda lain... sembenanya, hari ni, i went to get my new phone... kat sini, kitorg phone pakai contract.. so dah hbs 2 tahun renew laa... dapatlaa amik phone baru.. lepas tukan ni zaman canggih manggih, i pun nak laa henpon yang main touch2 je, xdelagi punat2 ni...

actually last week, sehari lepas sampai, dah pergi usha dah phone.. sampai2 je terus cakap ngn org tu "i want an iphone 4" then mamat bangla (rasanya laa, tak pun india kot) tu tanya balik, "why u want an iphone" then i pun macam.."just because..." haaa... tulah, sembenanya saya pun x tau napa laa nak sangat itepon ni... maybe sebab sume org pakai kot.. then rasa cool laa plak.. org tu pun katalah, ada lagi banyak choice lain yang cost worthy and still as good as an iphone because instead of guna apple store dia ade android utk apps dia. so terdiam jugaklaa saya... kena laa redecide balik... so the choice would be between:

iPHONE 4 VS HTC DESIRE HD VS SAMSUNG GALAXY S

mau nyanyi lagi ajai n nurul 'keliru' ni... hmmm..... mmg take time laa saya nak decide.. yelah, iphone kena bayar extra AUD 10, while yang lagi dua tu just AUD 5. memandangkan rent umah kitrg pun dah naik (500 jadi 543) kenalah blaja jimat2 kan... then saya buat laa research sikit.. ada satu review tu kata htc the best, tapi review yg satu tu jelah saya baca... alaa.. baca pun bukannya paham apa benda yg dia cakap... then pikir balik, htc tu macam gabak sangat, org kedai tu pun cakap, "its a guy's phone".. i x minat benda2 gabak2 ni... masa meeting MOD plak, sorg kawan ni pakai galaxy n sorg lagi htc... kinda liked the way samsung felt in my hands... plus dia cakap agak best laa apps android tu n its quite user friendly gak...


so the verdict went to: SAMSUNG GALAXY S

jadi hari ni, saya pegi amik... pastu bodek2 sikit laa mamat tu... dia pun kasik free for 3 months... ingat x yah bayar bil langsung 3 bulan, rupanya, x yah bayar yg extra AUD 5 tu utk 3 bulan... oklah tu.. kalau x bodek x dapat tau... then tanya dia nak beli cover n screen protector.. dia cakap beli dua2 dia nak kasi AUD 10... oklah... sekali dia check stock.. xde plak protector... jadi dia kasi cover free... pegi kedai lain plak belik protector to AUD 5.. haaa... untung mak...

ni laa hanpe nye.. cung x ? dalam gambar ni x cantik sgt sebab saya yg amik...hehe


bukan nak tayang sgt henponnye.. nak tayang student diary blkg tu.. nampak rajin sket..

tapi kan bile bawak balik... aduh... semart sangat laa phone ni... rasa diri ni plak yang kurang smart... mula2 tu x tau nak pindahkan contact camne... then bukak android market, nak try download game, ingat dh download, tapi cari2 x jumpa... x tahu dia gi mana... ni lagi best.. tgh2 kecoh2 tu, ada laa plak org kol... nak angkat kol pun den x reti... adussss... rasa teruji kepintaran.... seb baik ader muzek, housemate ku yang pintar lagi ayu... dia laa yang jadi tok guru... hisshhhh.. ni nak kena explore ni... babah suh baca buku dia... tapi seperti biasa, mestilah daku malas... alangkan buku sekolah pun malas baca apatah lagi manual henpon..

tapi kan.. sebenarnya, ni rahsia sikit... saya bukannya kesah sgt apps x apps, canggih x canggih sgt.. bukannye reti dan akan guna selalu pun.. its just that org lain pakai, kita pun rasa nak pakai gak...hehe... apalah diriku ini :)

dh boleh guna kaler2 balik


journey to the east

well, i'm back in Melbourne.... wowwee... cepatnya 3 bulan berlalu... bangun, makan, makan lagi, tidur... tup tap dah kena balik sini semula... perasaan utama: MALAS... like freakin malas giler... 3 bulan dok umah tak buat apa2 kecuali menghabiskan beras je, skang kena balik kelas plak... hai.. rasa lama benor tak berjalan, tetiba nak kena start exercise kaki plak... tadi baru laa pegi beli barang umah, kaki dah rasa lenguh2 plak deh....aduss... ni banyak kilo nak kena shed ni.. yang 2010 punya tak hilangkan lagi, ni dah nak kena hilangkan yang 2011 punya plak....

the best thing bout balik kali ni is that:

EVERYONE's HOME!!!!
its so awesome sebab rasanya lama sgt2 kitorg 5 beradik semua sekali ada kat umah... ada je sorang dua yang missing... granted lah kan, musibah kat Mesir yang bawak kak lang balik... but,hey, she's safe, everything's cool again...

sambut kak lang kat KLIA pukul 1.30 pagi..
terer x abah drive to n back again.. tgk muka kak lang, happy je dapat balik free

kak lang pun dah balik, along x start2 keje lagi, kak chik cabut asrama, adik cuma ada latihan sukan n me myself tak gheti2 balik melben, dapatlah kitorg kumpul2 ramai2...and since lama sangat dah tak kumpul2 ni, and tak tahu laa bila lagi boleh kumpul lagi, we all took a road trip...yay... rasanya adalah dekat satu semenanjung kitorg jelajah...

JOHOR-KUANTAN-TERENGGANU-KELANTAN-PERAK-JOHOR

banyak kan2... alaa.. tapi bukan kembara apa sangat.. lebih pada duduk kat dalam kereta, melalak karaoke lagu2 pop 90-an (sebab kitorg satu family so into retro), makan jajan, buah potong dalam kete, kejap2 benti R&R (mama nak terkencing) then cari tempat best nak tidur

kena hantar encot pegi hotel dia dulu baru boleh start jalan


gambar je kat depan taman tamadun Islam ganu ni, x masuk pon


makan2 candy floss dalam kete


singgah makan durian kat tepi jalan otw nak gi kuala kangsar

walaupun laa cume beberapa hari, x sampai pun seminggu kitorg dapat stay sama2, but it was worth it...dapat kumpul sama2.. dig up all the inside jokes yang kitorg je paham, makan everything together-gether, stay up at night gossiping and hati-to-bati sessions, gaduh-gaduh marah-marah... just enjoying each other.. i think just having u're family around, people who u love even though they annoy u sometimes... that's really worth cherishing u're whole life... and i just feel grateful for mine.

AWESOMEness

in the times of distress, we often forget the good thing in life. I'm saying this and also dedicating this post to kak lang who i'm sure is pulling her hair out, waiting there in Jeddah for her flight home.

i was reading readers digest when i found this article or rather an interview with the writer of 1000awesomethings.com who writes this famous super cool awesome blog on AWESOMEness.... how awesome is that?

what touched me was that, how sometimes when something bad or miserable happens to us, its like the biggest deal in the world.. but when something really good happens we kinda just don't realize that its actually happening.

so...here's my own short version of awesomeness, some i 'borrowed' from him and some are my personal experience and none of it is in any particular order :)
  1. finally peeing or "melepas hajat" after holding on for forever
  2. sleeping in class without anyone noticing
  3. having enough change in your purse - down to the last sen
  4. when your cat suddenly nak snuggle2 manja2 ngn u
  5. getting told u get a further discount when you're at the counter paying
  6. berjaya 'membuang angin' di khalayak ramai tanpa disedari sesiapa
  7. the thing that u wanna buy is the last item on the shelf - and its yours
  8. knowing the name of the song stuck in your head
  9. when youtube streams super fast
  10. someone likes your facebook status
  11. singing along to the radio in the car
  12. a handsome guy opens the door for u
  13. hearing a song that reminds u of someone
  14. watching a baby smile or laugh
  15. the counter at McD is clear when u enter - walaupun masa tu time offer pukul 12 sampai 3
  16. a stranger smiles and says hello to you
  17. buat reverse call, boleh cakap lama2 xpayah bayar
  18. when u just "get it", a joke or a lesson, whatever.. it just clicks
  19. having a light bulb blinking moment when u need one
  20. having the final say - in this case i'm saying that my life is AWESOME!


i guess what i'm trying to say is that, life, moments in life can be super ugly.. things can go not the way u want them to go, and everything feels like IT SUCKS!

but give it a few minutes, think back of these small insignificant AWESOME moments, make u're own awesome list and i hope thats enough of a reminder of how beautiful life is.

krisis Mesir

saya tidak bercakap dari sudut seorang yang ahli dalam politik dunia, saya hanya sekadar bercakap dari sudut seorang kakak yang risaukan keadaan adiknya. adik saya kak lang, penuntut tahun satu jurusan pergigian di universiti Tanta, Mesir dan dalam keadaan sekarang ini pasti anda faham kerisauan yang melanda kami sekeluarga di sini. malah, bukan sahaja adik saya, over there, saya punyai puluhan rakan yang menuntut di Ain Syams, Cairo, Alexandria, Mansourah...

sememangnya the people of that country makes the country what it is. tidak kiralah bagaimana diktatornya seorang pemimpin, suara rakyat pasti ada kuasanya. Oops, sebelum saya menulis lanjut, sekali lagi saya tegaskan saya bukan seorang yang ahli dalam hal ini. Jujur dan kesal saya katakan, sebelum semua ini terjadi, saya termasuk kalangan jutaan manusia yang ignorant akan keadaan nasib sesama umat lain. jadi apa pun yang saya tulis, hanyalah sekadar pandangan berdasarkan observation saya selama beberpa hari ini.

From what i understand, the spark of protest was inspired by the happenings in Tunisia that i believe face similar situations as Egypt. Kronologi kejatuhan pemerintahan diktator Presiden Ben Ali bermula dari tindakan seorang lelaki yang sebelum ini bukanlah sesiapa. A heartbroken man yang menangisi keadaan dirinya yang tertindas di bawah pemerintahan sedia ada sehingga merasakan mati adalah jalan terakhirnya. Jalan akhir yang selanjutnya membuka jalan baru dalam lipatan sejarah negara Islam itu apabila jutaan rakyatnya bangkit menjatuhkan institusi yang selama ini mementingkan kekayaan peribadi dari kemiskinan rakyat sendiri.


Dan aura itu bertiup pula ke Mesir yang selama beberapa dekad diperintah Presiden Hosni Mubarak, presiden yang dikatakan menerima sokongan kuat Washington. Opps, sekali lagi saya interject, selama ini saya hanya kenal Hosni Mubarak sebagai presiden Mesir sahaja. siapa dia, bagaimana corak pemerintahannya, apa kesalahan dia saya tidak arif untuk menjawab. cuma satu perkara yang saya ingat yang personally membuatkan saya menyenarai hitam lelaki ini.



last year kalau saya tak silap, kerajaan Mesir telah mengarahkan terowong-terowong kecil yang selama ini menjadi laluan penghantaran bekalan bantuan ke Palestine untuk ditutup siap dengan konkrit lagi. sebagai sesama Muslim, i could never understand the decision behind this. How is it possible that someone in his power could deny the right of another Muslim dengan cara yang cukup terhina dengan menghalang antara satu-satunya jalan yang dapat memastikan the survival of penduduk Palestine. berasap kemarahan dalam hati saya. betapa dia tak sedarkah, jutaan orang Islam seluruh dunia ingin sekali bermati-matian menghulur bantuan, tetapi dia yang mengaku sesama Islam, jiran sebelah rumah sendiri, sanggup menafikan hak kehidupan jiran sendiri. and for that and his other actions, he has become the president hated by his own people.

mungkinkah ini signs that hari kiamat semakin hampir? saya tak sure kebenaran hal ini tapi saya pernah dengarlah kan waktu kiamat dah nak dekat, Islam akan bangkit kembali menerajui dunia, dalam masa yang sama merampas kembali Palestin. Mungkinkah ini petanda ALLAH? rakyat sendiri bangkit melawan pemerintahan autokratik yang selama ini tunduk pada permintaan barat tanpa mengendahkan perasaan jirannya Palestin yang tertindas. yang mereka mahu pimpinan berteraskan ajaran Islam yang sebenar. Berjaya atau tidak rakyat Mesir, Wallahualam, takdir di tangan ALLAH, benar atau tidak ini semua percaturan dari-Nya.



hari ini masuk hari ketujuh rusuhan di Mesir. Risau di hati kami sekeluarga Allah sahaja yang tahu. apatah lagi dengan internet yang terputus menyusahkan lagi communication. SMS pertama yang adik saya hantar, dia minta kami jangan risau. Mereka tengah berkurung dalam rumah dan setakat ini selamat. Dan semalam dia berjaya telefon ke rumah. katanya, kawasan mereka di Tanta setakat ini masih dalam zon kuning. Kuning pun, balai polis depan rumah sudah habis terbakar. Tanta letaknya lebih kurang dua jam lebih dari bandar Cairo. before this dia asyik komplen kata Tanta jauh dari civilization, jadi mungkin sekarang dia bersyukur sikit dihantar ke kawasan kampung jauh dari bandar.

Kawan-kawan di Cairo lagi teruk nasibnya. Rumah mereka dah masuk red zone, masjid sudah habis terbakar dan di mana-mana ada orang merusuh. bekalan makanan, elektrik dan air pasti menjadi masalah. yang sedihnya, ramai juga yang nak ambil kesempatan, bukan betul2 memperjuangkan hak tapi mencuri peluang menjadi perompak dan penjahat. update2 terbaru kami dapatkan di blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita and it seems things aren't getting any good. kemungkinan besar pelajar akan dievacuate, dan saya harap sangat adik saya akan ditempatkan di Jordan. sekurang-kurangnya kemi tahu dia selamat bersama-sama dengan kawan-kawan baik saya yang ada di Jordan.

Saya tidak pasti whether adik saya or kawan-kawan saya are able to read this right now, most probably not. Doa kami sekeluarga mengiringi mereka di sana semoga semuanya selamat InsyaAllah.

Hati Aku

Hatiku cuma ada satu
kalau yang satu itu sudah kuberikan padamu
lalu apalagi yang tinggal untuk suamiku

Hatiku yang satu inginkan bahagia
bersamamu mungkin buat seketika aku gembira
sedangkan yang aku ingin senyuman sepanjang usia

Hatiku merintih mencari pengertian cinta
tapi kasih yang kau canang sukar untukku percaya
kerana kuyakin cinta itu patutnya datang dari si dia

Hatiku adakala terbayang pelukan mesra
namun dosa dan laknat membatasi hubungan kita
lantas ku harus nanti insan halal di mata Tuhan dan dunia

Hatiku rindukan bayangan syurga
jika kau pilihanku sama ertinya ku pilih neraka
sedangkan hakikatnya Jannahku di bawah telapak kakinya

Hati aku ini cuma ada satu
memang tidak salah kalau ku berikan padamu
tapi syaratnya juga ada satu
kau jugalah suami pilihan Tuhan untukku

***
Jodoh itu
bertemu dengan ORANG terbaik untuk kita
pada MASA yang terbaik untuk kita
dalam KEADAAN terbaik diri kita


p/s: teremosional pulak hari ni :(

ada apa dengan nama?

Baru tadi i was lying sebelah along yang sibuk 'menompang' tenet berchatting ngn kawan dia yang baru dapat a new baby boy. Mamat tu pun, mintaklah suggestion nama2 boys yang best2... jenuh jugaklah kitorg berdua memikir... susah jugak eh nak namakan anak ni.. dia nak nama2 yang ala2 up zaman sekarang... macam Asyraf Daniel ke.. but saya cakap ngn along:
apasalaaa org zaman skang asek nak nama yang vavavoom je... mesti bila budak tu dah masuk sekolah melambak dalam kelas dia ada Asyraf ngn Daniel... tak nak ke nama Ramli ke...Kassim ke.... zaman skang, nilah baru nama unik sebab org dah x guna lagi dah...
haaa... mentang-mentang bukan anak aku, sedap je nak bagi nama2 yang out-dated sket ni... nanti anak sendiri nak jugak nama yang boleh tersimpul lidah buat double-knot lagi....eh, bukanla nama2 tu outdated sangat... tapi memang jarang orang bagi...example jelah kan... sepanjang saya sekolah dari sekolah rendah sampai dah masuk university, tak penah rasanya ada kawan sebaya nama dia Ramli... Kassim jauh lagi.... kalau Qasim tu adalah, tu pun dah di'up'kan nama dia se'up' orangnya...huhu...tapi kalau nama bapak kawan, ramai laa pulak... tulah namanya peralihan zaman...


kalau anak seramai ni, macam2 idea boleh guna ni...


so tak pasal-pasal i went searching for baby names... gile apatah... laki pun takde, nyibuk nak cari nama anak... ala, takpe peparation... nanti bila dah ada boleh keluarkan kertas kajang yang buat tulis karangan penuh ngn list nama anak...huhu (x sabarnye...) these are some that i found and rasa best jugak ni....


Kalau BOY

  • Ihsan Nahar - kebaikan dan keluasan sungai : oopps.. sedap, tapi sungai?
  • Azri Imran - kekuatanku, penyokongku dan budi bahasa : Azri nama one of my best buds..
  • Naqib Adam - yang menjamin & nama Nabi : i always liked the name Adam
  • Aiman Akif - berkat & bertuah, kanan & beri'tikaf : i once had a crush on an Aiman..dulula..
  • Rayyan Darwish - kepuasan, pintu syurga bagi org yg berpuasa & warak : i like!

kalau GIRL

  • Aisyah Dania - Nama isteri Nabi, hidup bahagia & hampir : sgt suka nama Aisyah
  • Qalesya Alia - Murni & yang tinggi : terbelit lidah nak nyebut
  • Nayli Farhah - pencapaianku & kegirangan : Nama sorang akak yang best...
  • Hannah Farhana - kasih sayang & riang gembira: ceria2 selalu macam mak dia...

Ni plak kind of panduan laa dalam menamakan anak:

It's always a joy when Allah blesses you with a child. Children bring happiness and joy, but also trials and great responsibilities. One of the very first duties you have toward your new child, besides physical care and love, is to give your child a name that carries honor and Islamic meaning behind it.

It is reported that the Prophet (peace be upon him) said: "On the Day of Resurrection, you will be called by your names and by your fathers' names, so give yourselves good names." (Hadith Abu Dawud)



bercakap pasal nama ni... korang mesti terpikir-pikir jugakkan... maksud ANITH a.k.a my name apa maksudnya (kalau x terpikir pon xpelah)... well, honestly, saya pun x tahu dengan persis apa maksud nama saya.. ni ade beberapa pendapat:

  • Mama & abah: entah, rasa macam sedap laa plak, lain sikit daripada org
  • Cikgu Ghani, cikgu sejarah form 3: rasanya nama awak ni bahasa sanskrit
  • Ustazah (mostly semuanya cakap sama) : wanita laa kot... sebab nak dekat sama dengan mu'anath (rujuk pd pompuan)
  • sorg kawan yg dh x ingat sape: kegebuan

jadi, kesimpulannya, saya pun x berapa pasti... tapi x pelah, apa2 pun, i believe my parents have chosen a name that is not only unique but represents me as the person i would like to be... and for that, i am proud...(sebak laa plak)


haaa... before end post panjang ni, this is something i found... benar apa enggak.. ya terpulang.... tapi tanya saya... macam sikit2 betul je... sikit2 laa...hehe...




ANITH
AAmanah
NNaif
IIkhlas
TTulus
HHarum
Apa ada pada nama?

keluarga sihat

ignore the jeans and the slippers... this was in no way planned... tetiba je lepas hantar adik pergi kem pengawas, kitorg singgah kat taman apatah nama ni yang ada kat dalam UTM...

konon nak excercise laa tu... sebenarnya lama dah kitorg nak datang... abah tiap2 hari bawak baju sukan pegi ofis sebab konon nak excercise balik kerja... hampeh je... me n along pon asek2 cakap nak pegi tapi x pergi2... so pagi tu, pegi jugaklah... once in a blue moon laa katakan...

posing dulu


goyang2 pinggang


air walking


romantika plak mama n abah ni


ni bukan nama excercise ni


paling susah nak buat


nak bagi kurus sikit peha kentucky tu



haaa... agak2 berapa kilo ek turun.... hmm... eh, ooppsss... lupa plak nak citer, sebelum pegi sini dah pekena lontong n roti canai sri skudai... jadi, rasanya takdelah turun mana kg... sekadar menghilangkan yang baru ditambah..hehe...

gembira

We are never as happy or unhappy as we imagine.

-Rochefoucauld-

I don't know whether the universe, with its countless galaxies, stars, and planets, has a deeper meaning, but at the very least it is clear that we humans who live on this Earth face the task of making a happy life for ourselves

-Dalai Lama-

Most people are about as happy as they make up their minds to be.

-Abraham Lincoln-


I'm grateful that I'm happy

-Me-

lagu dan juaranya

baru semalam menang, hari ni dah ader yg x puas hati...hishh.. apa laa nak jadi org kita ni...


facebook page menentang kemenangan Ana Raffali

tahun lepas saya balik, nama Ana Raffali ni, langsung x pernah dengar... sepanjang ader kat Melbourne, saya memang tak pernah ambil pusing pasal perkembangan industri Malaysia.. balik2 pon, satu2nya radio yang saya dengar Sina FM je - retro ok!

first time saya dengar lagu cik Ana ni adalah lagu Jangan Pandang-pandang yang dengan Suhaimi Mior Hassan tuu... tersengih-sengih dengar... saya rasa sweet sangat lagu ni... then adik2 barulah tunjuk gambar Ana ni... dia pegang guitar sambil pakai baju kurung... from there i could see this imej 'suci' yang saya rasa x ramai artis kita cuba tonjolkan... selalunya, artis kita ni, selagi mana boleh dedah tanpa dipanggil bogel, selagi tu nak didedahnya.. tapi Ana ni boleh buktikan that the amount of skin u show won't determine the amount of fans you've got...


sejujurnya, saya xdelah teruja sangat nak tengok AJL 25... mungkin sebab, most of the songs yang diorg nyanyi tu pon saya x tahu... lagi satu mungkin saya dah tua kot (bukan mungkin lagi, memang pon)... yelah, sebabnya kat umah kitorg pon yang beria sanagt nak tengok, adik, sampai buat homework pon depan TV... sedangkan saya ingat lagi, masa kitorg (me n along) zaman sekolah2 dulu... punyalah semanagt nak tengok.. one time tu AJL masa kitorg on the way balik dari somewhere so terperangkap dalam kete... punyala merayu-rayu kat abah suruh bukak era kot (kalau x silap) yang ader live AJL... bile abah taknak, kitorg punyela merungut... sampai skang, abah pon ingat, siap perli lagi...

jadinya malam tadi, saya xdelah tengok all the persembahan... kalau org dah biasa tgk TV ngn saya, mesti dah biasa ngan satu perangai saya yg cukup annoying iaitu suka galih2 channel... malam tadi pulak kat TV1 ader drama Rosyam Nor yang memang i follow pastu kat NTV7 ader CSI.. apatah lagi bile ade persembahan yang x berapa kena kat mata saya...apa yg x kena tu, x yahlaa citer.. everyone is entitled to their own pandangan... apa yang cantik di mata saya, mungkin buruk di mata awak n sebaliknya...

tapi yang paling saya suka is closing by Siti Nurhaliza... lama sangat rasanya x dengar lagu2 rentak etnik kreatif@irama Malaysia... skang AJL pon dah xde kategori ni sebab org dah x nak nyanyi.. lagu2 skang semuanya bagi saya 'keras2'... bingit rasa nak dengar... so bila CT nyanyi lagu2 macam ni, rasa macam bernostalgia zaman2 sekolah plak...

patut ke x Ana menang? saya pon x tahu.. apa kriteria for a song to be a juara ye? kalau saya personally, untuk satu lagu tu saya suka dengar, kena ader at least 2 syarat... first, rentak dia best, sesuai dengan mood saya and secondly lyrics dia mestilah meaningful enough untuk saya... to me, 'Tolong Ingatkan Aku', ader both ciri tu utk saya... so i'm ok with her win... but then again, dia menang ke x (macam kata abah) xdelah bagi kesan signifikan pon pada saya...

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

p/s tolong ingatkan aku untuk buat kerja berfaedah sikit ye cuti2 ni....

internet dan rumah

ader kat rumah ni, one thing i miss the most about Melbourne

superfast internet!

kat umah kitorg pakai broadband celcom yang gignya entahlah i don't know...tapi Masya-Allah dia punya lambat.... especially time2 skang before nak tukar bill baru... adusss... nak login facebook pon boleh beruban makcik naa... nak tgk clip youtube yang seminit pon lagilaa jangan harap... dulu siap ader dua lagi, satu celcom, satu maxis..tapi disebabkan kelembapan maxis tu lagilaaa teramat-amat sgt, mama cancel terus...

aduss... masa nilah teringat-ingat kat rumah Amess... ader wireless...tak silap 170 gig lagi... skang ni dengar citer dapat free upgrade jadi 300 gig lagi... jgn kan nak tgk clip seminit, nak ngadap laptop online sehari suntuk pon boleh....tulah masa kat sana tak reti-reti nak bersyukur.. internet barulaa lambat 10 saat dah bising2.... haaa... kat sini lambat 10 minit lagi... apa kes???


mesti tertanya kan, nape tak amik je wireless, unlimited terus... biaq laju naa... toksah laa cakap, puas dah kitorg adik beradik merungut, mengomel, merayu... tapi mama n abah still kata: "nak buat apa? nanti korg sume takde kat umah sape nak guna? Encot (refer pada kucing kitorg yg buta IT tu)?" walaupun kitorg admit ada betulnye... tapi stilll... ala maaaaa.....

hmmm... tapi kan, bile dah macam tu pandai laa plak nak control internet use... kalau kat sana everyday ader je video best nak tgk... citer nak download... facebook plak takpenah offline... pegi class pon selamba badak je biar laptop on... skang kat umah, nak buffer youtube pon malas (sebab buffer lagi lama dari videonya buat apa)... bukak fb pon sehari sekali, kadang2 tak bukak pon langsung... lama2 dah biasa plak, takde teknologi2 ni... takdelah mati pon...


tulah manusia, bila ader tak reti syukur, biler takde baru nak tercari-cari... papepun, masihlah bersyukur sebab selembap-lembap tenet pon masih ader jugak... tapi kalaulah mama n abah baca post ni, pleaseeeee... upgrade laa tenet umah ye... pretty please :)

p/s bengang sebab each time nak main tukar2 kaler, kalernye tak kuar.. sape tau nak buat macam man?